Jan 30, 2009

Kad Kredit

Assalamualaikum wrt,

Ustaz,saya ingin merujuk artikel dibawah

Kaitan Judi dan Pertandingan Semasa Jenis Perniagaan, Sukan dll

Organization of the Islamic Conference , Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 – 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan ( qarar nombor 127 (14/1) : bahawa semua permainan dan pertandingan yang HADIAHNYA diambil dari hsail kumpulan wang dari peserta. Hukumnya adalah HARAM HADIAH TERSEBUT. Kerana ia mengandungi unsur Judi.

Hadiah yg dibenarkan dalam Islam adalah :-

1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yg tidak memasuki pertandingan. Manakala wang peserta hanyalah utk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada separuh wang perserta ..manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

Sidang Majlis Ulama Sedunia juga menetapkan bahawa dalam pertandingan promosi perniagaan, antaranya :-

1. Jenis Kad yang menawarkan keismtewaan diskaun harga di tempat2 dan perkhidmatan tertentu. Jika kad tersebut mensyaratkan pembayaran yuran tahunan dan bulanan atau apa jua yuran, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang ditegah di dalam Islam.

2. Jenis Kad yg diberi percuma oleh syarikat utk tujuan promosi barangan mereka tanpa dikenakan bayaran lalu Hadiah disediakn . Ia adalah HARUS.

3. Pemberian mata apabila menggunakan sesuatu perkhidamatan spt Kapal Terbang dll , lalu di beri mata tertentu dan mata ini kiranya terkumpul dalam jumlah tertentu, melayakkan individu tersebut mendapat hadiah tertentu. Ia adalah HARUS .

4. Membayar harga telefon yang tinggi(lebih dari biasa) kerana ingin memasuki sesuatu pertandingan melalui kaedah telefon adalah HARAM DAN JUDI

Syarat Umum Pertandingan yg dibenarkan syarak:

1) pertandingan tanpa hadiah adalah dibenarkan dalam perkara2 yg tidak terdapat nas syarak mengharamkannya dgn terang.

2) Pertandingan dengan hadiah adalah Harus jika memenuhi syarat berikut :

a- wajiblah mempunyai matlamat, tujuan serta cara pelaksanaan dan skopnya tidak berlanggar dgn syarak

b- Hadiah mestilah tidak datang dari sumber yuran seluruh perserta.

c- Mestilah tidak membawa kepada melakukan perkara haram dan meninggalkan wajib.

Sekian,

Irbid , Jordan
12 Jun 2003

Sumber : Qarar Majma’ Fiqh Sedunia dan, Akhbar As-Sabil, Jordan

Soalan saya:

merujuk kepada
1. Jenis Kad yang menawarkan keismtewaan diskaun harga di tempat2 dan perkhidmatan tertentu. Jika kad tersebut mensyaratkan pembayaran yuran tahunan dan bulanan atau apa jua yuran, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang ditegah di dalam Islam.

Adakah kad kredit juga adalah haram penggunaannya?

******************
thtl

Wassalam

Terimakasih kerana menyalurkan keputusan (Qarar) Majma' Fiqh Alamiyah itu, kami sendiri pun belum menelitinya kerana ia masih baru (tahun 2003)
Kad kredit tidak termasuk dalam pengharaman Kad Diskaun (Discount Card).
Kad kredit yg dimaksudkan mungkin Kad Diners Club atau American Express, kerana ini adalah Charge Card.

Adapun pemegang Kad Kredit yg dikeluarkan oleh bank atas nama VISA atau Mastercard termasuk Kad Visa/M-Card Bank Islam dan Kad Kredit atTaslif Bank AM bank memang mengenakan annual fee (yuran tahunan) bagi kad biasa dan Goldcard kecuali beberapa Bank yg memberi yuran tahunan percuma spt EON Bank.

Qarar yg dikeluarkan oleh Majma' Fiqh itu terlalu ringkas dan tidak merincikan jenis2 kad yg ada dalam pasaran: Kad Bonuslink, RealRewards, Kad pasaraya spt Jusco, MetroJaya, Isetan, Parkson, Fajar, Makro, dsbnya
Atau Charge Card spt American Express dan Diners
Kad kredit yg dikeluarkan oleh Bank2: Mastercard dan Visa
Kad kredit yg dikeluarkan oleh Perbankan syari'ah.
Pemahaman saya mengenai qarar itu ialah Charge Card spt American Express dan Diners Club yg mana pemegang Card ini selalunya menikmati diskaun di gudang2 terpilih, hotel2 yg mengambil bahagian dan pasaraya tertentu. Langkah terbaik umat Islam utk keluar dari kemelut kad ini ialah jangan mengambil kad yg meragukan. Jika anda memerlukan kad kredit, pilihlah Kad kredit dari Bank Islam atau Arab Malaysia yg menawarkan kad kredit secara 'Islamik' atau memilih kad kredit dari bank yg tidak mengenakan yuran tahunan (spt EON bank). WA

0 comments:

Post a Comment