Feb 6, 2009

Lafaz Akad Jual Beli

Salam

saya ingin menanyakan pihak panel ahkam;

a) -apakah hukum lafaz akad jual beli? adakah ia merupakan syarat kepada sah sesuatu jual beli itu?

b) -baaimanakah cara lafaz akad yang diterima (sah) mengikut islam?adakah secara bermuka dan sebagainya?

c) -sah ke tidak lafaz akad jual beli yang dilakukan melalui sms?

d) -saya juga ingin tahu pendapat yang lebih rojeh tentrang lafaz akad jual beli ini..

Sekian,jutaan terima kasih atas jawapan yang bakal diberikan,

********************
thtl

Wassalam

alJawab:

[Harap ma'af kerana kami mengambil masa 6 bulan utk menjawab soalan ini]

a) Lafadz atau sighat itu bukanlah syarat sah kpd transaksi jualbeli, kata Syaikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah. Syarat sahnya ialah taradhi (keredhaan). Dalilnya: " kecuali dengan bisnesyg saling meredhai di antara kalian" AQT 4: 29. Dr al-Qardhawi kata dalam kitabnya "Awamil alSa'at wal alMurunah fi alSyari'ah alIslamiyah", jualbeli tanpa lafaz sighat itu sah jika uruf (adat) sesuatu tempat itu mengharuskan begitu; ia dinamakan Uruf Fi'li (adat amali)

b) Bersemuka dalam majlis itu adalah yg utama. Namun boleh saja jika diwakili oleh wakil, melalui peguam, melalui surat atau sebarang media yg diiktiraf oleh uruf (kebiasaan) (Fiqh Islami (IV/199)

c) Jualbeli melalui SMS. Yang disahkan boleh ialah e-commerce atau urusniaga cyber atau melalui internet. SMS masih terlalu longgar jika melibatkan urusniaga yg besar. kita tidak dapat mengesahkan urusniaga SMS ni spt mana isu perceraian atau talaq melalui SMS. Ia melibatkan unsur samar-samar dan terdedah kepada penipuan (scam).

sekian

0 comments:

Post a Comment