Feb 1, 2009

Bermuamalah-Negotiation of Debts

Assalamualaikum,

Berdasar ayat dalam surat Al-Baqarah, transaksi perniagaan, bank dsb disarankan agar sabit dengannya perjanjian yang nyata bersama saksi dsb. Di zaman sekarang, banyak negotiation diadakan apabila satu pihak tidak dapat menjelaskan hutangnya cthnya dalam pembelian barangan dan property. Lazimnya pihak bank atau si pemiutang memberi kelonggaran atas dasar pokok atau dikurangkan cthnya Danaharta. Di dalam ayat tersebut Allah SWT melarang kita mengurangi jumlah hutang kita atas dasar keadilan. Bagaimana jika keadaan diatas jika berlaku.
JKK

******************
thtl

Wassalam

Jawab:

Terkejutnya juga kerana soalan ini sudah masuk sebulan setengah. Mohon kema'afan kerana miss soalan anda. Inilah jawapannya:

Anda merujuk pada kegawatan ekonomi sejak 1998 di mana isu Non-Performing Loan yg diambil alih oleh Danaharta Berhad. (Kami kesuntukan masa dan ruang utk menjelaskan mekanisma operasi Danaharta), Amnya, Islam membolehkan negotiation, pengurangan loan atau loan itu dihapuskan (write-off) bila yg berhutang itu dilanda kesukaran hidup. Tapi pihak Bank dalam hal ini menyerahkan hutang ini pada Danaharta Bhd utk mengurus NPL (non-performing loan)
Dalil:

a. Firman Allah (terjemah), “ Jika ia orang yg dalam keadaan sukar, maka hendaklah diberi tangguh sehingga ia memperoleh kemudahan dan bersedeqahlah bagimu lebih baik jika kamu mengetahui..” AQ 2: 281

b. Sabda Nabi saw,” B/siapa senang hatinya dilepaskan Allah dari kesusahan2 Hari Qiamat, maka hendaklah dia menyenangkan orang yg dalam keadaan sukar atau hendaklah dia menghapuskan saja hutang si papa itu.” (Muslim)

c. (Sabda) “Mudah2an Allah merahmati hamba yg berlaku mudah apabila menjual, mudah bila membeli dan mudah bila menagih hutang.” Muttafaq ‘alayh. WA

0 comments:

Post a Comment