Feb 6, 2009

transaksi dlm masjid

assalamualikum.

apa hukumnya kita melakukan transaksi dlm masjid?
mg lepas saya nak bayar duit buku yg saya beli dari kawan saya dlm masjid, tapi dia taknak terima.dia cakap kalo nak bayar jom keluar masjid.dia cakap tak baik berjual beli dlm msajid.jd saya pn ikut le..masalahnya ape bezanya, kalo pembayaran tu kita buat dalam masjid dgn pintu luar masjid(dekat tangga nak masuk masjid)
ada nas atau dalil ke yg melarang kita bayo dlm masjid??

*********************
thtl

Wassalam

alJawab:

Apa yang dilakukan oleh sahabat anda itu adalah sikapnya yang berhati-hati dan amat memelihara sunnah perihal larangan urusniaga dalam mesjid.

Dalil itu ialah:

hadith Umar alKhattab ra:

" Apabila kamu dapati orang berjual-beli dalam mesjid, maka katakanlah " mudah-mudahan ALlah tidak menguntungkan daganganmu." [anNasa'iy dan termidzi, disahihkan oleh al-albani, tahqiq Bulugh alMaram)

Ini kerana mesjid dijadikan semata-mata tempat ibadah bukan tempat menyelesaikan urusniaga. sekian

0 comments:

Post a Comment