Jan 30, 2009

Pinjaman perumahan kerajaan dan PTPTN

Salam

Ana ingin penerangan lanjut dari sesiapa yang familiar dengan sistem pinjaman rumah dan kenderaan yang dianjurkan oleh kerajaan, KWSP, TNB dll.

Adakah pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan sebanyak 4% setahun ini mematuhi piawaian syariat Islam?

Bagaimana pula dgn pinjaman pelajaran PTPTN yg disediakan oleh kerajaan? Setakat ini setahu ana belum ada lagi fatwa dr mana2 mufti negeri atau majlis fatwa kebangsaan yg mengesahkan halal atau haramnya caj 4% yg dikenakan ke atas pelajar (ianya dinamakan sebagai kos perkhidmatan di dalam perjanjian).

Jazakallah ana harapkan pd para panel al-ahkam.

Wassalam :necoraman
_________________
thtl

Wassalam

Jawab:

Pinjaman kerajaan, badan berkanun dan syarikat2 milik kerajaan spt TNB, Telekom dan Petronas adalah skim BBI (ba'ai biththaman ajil) yg dirangka dan diluluskan sejak zaman Sdr Anwar Ibrahim lagi. Kadar keuntungan 4% pada reducing balance itu sudah diluluskan oleh panel syari'ah.

Mengenai pinjaman PTPN ia adalah skim baru yg menggantikan biasiswa. Kadar 4% kepada pelajar itu adalah suatu yg tidak menasabah memandangkan mereka adalah kaum yg masih belum ada pendapatan dan ilmu adalah suatu keperluan asasi rakyat. Terdapat desakan yg kuat dari NGO, persatuan pelajar dan parti pembangkang di parlimen supaya kadar 4% itu dikaji semula. Kita tunggu perkembangan selanjutnya. WA

5 comments:

Anonymous said...

sy ingin bertanya apakah HUKUM mutlak bagi seseorang yang membuat pinjaman perumahan samaada

1.pinjaman bank secara islamik
2.pinjaman bank konvesional
3.pinjaman kerajaan

mengikut kefahaman sy melalui beberapa pendapat bagi seseorang lelaki yang telah berkeluarga mereka ini adalah pemimpin keluarga tersebut dan WAJIB bagi mereka untuk menyediakan tempat tinggal,makan minum,pakaian dan pelajaran serta beberapa perkara lain (nafkah)setakat yang mampu.Dan seorang kakitangan awam contohnya sememangnya mampu untuk membeli rumah melalui ketiga-tiga cara tersebut.

apakah HUKUM mutlak bagi kes seperti diatas?sy mohon pada tuan untuk menjawab persoalan ini dan menghantarnya ke email sy helmi_al_faiq@yahoo.com

sekian terima kasih.

Admin said...

Salam,

bolehlah memilih antar 1 dan 3. Pinjaman kerajaan sekarang adalah mengikut BBI. Elakkan pinjam bank konvensional kerana terlibat dengan riba... WA

Anonymous said...

apakah rujukan tuan yang pinjaman kerajaan bercirikan islam?

PakTeh said...

Sekadar berkongsi pengalaman. Pinjaman Kerajaan bercirikan islam telah digubal dan mengikut BBI selaras dengan keperluan umat islam di Malaysia terutama bagi mejoriti kakitangan Kerajaan. walau bagaimanapun, sistem ini tidak dapat difatwakan halal kerana beberapa sebab. bagaimanapun, saya telah dijelaskan oleh insan yg lebih berilmu utk memilih yg terbaik (yg plg hampir pd islam) iaitu BBI sebagai seorang Islam. Allah jua yang maha mengetahui.

zane said...

Tak berani meletakkan fatwa? Bermakna mereka sendiripun sangsi dan was-was. Setahu saya kalau was-was lebih baik dtinggalkan saja! Saya mengkaji riba ni dan byk tempat, dah jenuh membaca maknanya dari sudut lughah dan syariah. Dan memang terang jelas institusi perbankan ialah sarang riba sebagaimana sarang pelacuran kepada pelacur. Kalau sesiapa masih tak nampak aktiviti utama bank iaitu memberi pinjam dan mengenakan bayaran tambahan sbg syarat pinjaman itu, hmmm..x tahulah...buta agaknya.

Post a Comment