Feb 3, 2009

Bayar zakat sebelum haul

soalan 1

pada bulan jun.saya dapat wang sebanyak $30,000.pada bulan nov saya keluarkan zakat harta walaupun belum setahun.pada tahun hadapan zakat saya pada bulan jun atau nov?
soalan 2

ada saudara saya meminjam $200 ,bolehkah saya niatkan sebagai zakat harta yg mana dia tak perlu bayar hutangnya.saudara saya termasuk asnaf miskin.

**************************
zain-ys
Founder

Salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Jawapan Masalah 1. Membayar zakat sebelum haulnya memang dibenarkan jika ada alasannya. Ada hadis Rasulullah s.a.w. di mana Abbas bin Abdul Muttalib meminta izin dari Baginda s.a.w. untuk menyegerakan pembayaran zakat sebelum haulnya. Dan, Rasulullah s.a.w. memberi izin sebagai keringanan kepadanya¹.

Ini dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili²: Berdasarkan kesepakatan para fuqahak, tidak dibenarkan membayar zakat sebelum sampai nisab. Kerana tidak terdapat sebab ia diwajibkan. Tidak dibenarkannya itu adalah seperti membayar wang sebelum membeli atau membayar diyat/denda sebelum berlaku pembunuhan.

Manakala mempercepat membayar zakat (sblm haulnya) apabila wujud sebab wajibnya, iaitu sudah sempurna/sampai nisabnya, para fuqaha' mempunyai dua pendapat:
Pendapat 1. Jumhur ulama mengatakanm dibenarkan membayar zakar sebelum sampai haulnya jika nisabnya sudah cukup. Kerana ia ditunaikan setelah wujud sebab wajib. Dasarnya ialah hadis Ibnu Abbas meminta izin dari Rasulullah s.a.w. untuk mempercepat membayar zakat. Dan Baginda s.a.w. memberi rukhsah kepadanya

Pendapat 2. Zahiriah dan Malikiah, mengatakan tidak dibenarkan mengeluarkan zakat sebelum haulnya. Alasannya, ia adalah ibadah yang sama seperti sembahyang. Tidak boleh dikeluarkan sebelum sampai waktunya.

-------------
Haul sdra adalah haul asal. Dan haul berkenaan hendaklah berdasarkan taqwim hijriah. Ini berdasarkan fatwa muktamar zakat kali pertama di Kuwait pada 29 Rejab 14040H=3/4/1984³.

-----------------
Jawapan Masalah 2. Menurut Dr Said Ramadhan al-Buthi4, orang berkenaan mesti diberitahu bahawa hutangnya telah dilangsaikan dengan pembayaran zakat darinya. Dan yang paling baik ialah berikan zakat berkenaan kepadanya terlebih dahulu, kemudian orang berkenaan membayar hutang sdra.

Sekian, semoga bermanfaat...
Wassalam

zain y.s

[hr:320ded28ac]
Rujukan:
1. HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi dengan sanad Hasan.

2. Rujuk secara terperinci dalam: Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, vol. 2, hal. 755.

3. http://zakat.al-islam.com/def/default.asp?l=arb&filename=Quest/desc/item6/item2/desc2

خامسًا‏:‏- الحول القمري
‏8‏ - الأصل في اعتبار حولان الحول مراعاة السنة القمرية‏, ‏ وذلك في كل مال زكوي اشترط له الحول‏, ‏ واللجنة توصي الأفراد والشركات والمؤسسات المالية باتخاذ السنة القمرية أساسا لمحاسبة الميزانيات‏, ‏ أو على الأقل أن تعد ميزانية لها خاصة بالزكاة وفقا للسنة القمرية‏.‏
فإن كان هناك مشقة فإن اللجنة ترى أنه يجوز تيسيرا على الناس - إذا ظلت الميزانيات على أساس السنة الشمسية - أن يستدرك زيادة أيامها عن أيام السنة القمرية بأن تحسب النسبة ‏2.575‏% تقريبا‏

4. http://www.bouti.com/bouti_fatawa_zakat.htm#6

س. أنا تاجر وأدين الناس الفقراء وغير الفقراء هل يجوز أن أعطيهم زكاة المال بأن أقتطعها من ديونهم دون أن أخبرهم
ج. لا بد من إخبارهم ‏،‏ ويستحسن أن تقبضهم الزكاة ‏،‏ ثم تستردها منهم مقابل ديونك.

1 comments:

Tyas said...

mari bayar zakat... untuk bekal di akhirat.

Post a Comment