Feb 6, 2009

Hasil wang dari syarikat judi

Bismillah, Salam

Nak tanya, apakah hukum menggunakan duit yang didermakan ke ruman anak yatim dari company judi? Ada yang mengatakan tidak boleh digunakan untuk makan tapi boleh digunakan utk facilities? Imam Malik ade ckp ape2 ke tenang sumber duit haram ni?

Jazakumullahukhairan kathira.

Wassalam

******************
thtl

Wassalam

alJawab: الجواب

Hukum asalnya dijelaskan dalam Bab 1 Halal & Haram (kitab pertama Dr Qardhawi) bahawa menolong dan menyibarkan yg haram itu juga haram.
Dalilnya : AQT 5:3 (dan janganlah tolong-menolong dlm berbuat dosa dan perlanggaran)
Maksud ayat ini kita tidak boleh bekerjasama dgn company judi kerana jika kita membina hubungan dgn syarikat judi bermakna kita menolongnya dgn menaikkan imej syarikat judi yg dermawan. cth: Majlis sambutan Idilfitri Rumah anak yatim cenderwasih ditaja khas oleh Gantang Lowland Casino & Resorts. Kalau macam ni memang tak boleh.

Anak2 yatim juga adalah manusia yang ada hatiperut dan bayangkan perasaan mereka jika mereka menerima bantuan wang ihsan dari syarikat judi.

Tapi kalau wang itu ditawarkan secara senyap-senyap, maka menurut Dr Qardhawi dibolehkan kerana dzat duit itu adalah halal kepada kegunaan umum cuma diharamkan kepada orang persaorangan. Ini adalah fatwa Dr Qardhawi dalam Fatwa Mu'asirat jilid satu, Bab : Kemanakah wang haram boleh disalurkan?

Adapun pendapat Imam Malik dalam hal ini tidak saya temui kerana Imam Malik hidup di zaman keemasan Islam dan di masa itu syarikat judi atau casino tidak ujud lagi. Isu2 yg pelik begini hanya muncul di Akhir Zaman sahaja.

sekian

0 comments:

Post a Comment