Feb 5, 2009

Beri Zakat Kepada PAS

Salam

1) Timbul persoalan pula dari kalangan masyarakat sekitar tpt saya adalah...menunaikan zakat kepada PAS...memang benar ia boleh dikategorikan sebagai asnaf Fisabilillah...tapi setiap negeri kuasa agamanya adalah sultan dan Majlis Agama sbg tpt kutipan zakat utk diagihkan kepada asnaf2 yang 8...adakah ia dibolehkan?

2) Sah ke kalo kita agihkan zakat kita hanya pada satu asnaf saja??ada kata kadar zakat kita samada pendapatan/emas/perniagaan dll hendaklah diagihkan sekurang2nya kepada 3 dari 8 asnaf...pohon penjelasan..

Sekian, Wassalam

**********************
thtl

Wassalam

alJawab:

1) Mengagihkan sendiri zakat kepada parti PAS atau kepada mana-mana asnaf adalah di bolehkan menurut madzhab Hanbali dan salah satu pendapat Syafi'iy (alMughni: 2/479), alasan madzhab Hanbali ialah jika seseorang lebih yakin bahawa agihan sendiri itu lebih menepati sasaran, maka ia lebih diutamakan utk diagihkan sendiri. Dengan syarat, pemerintah tidak menghalangnya. Menurut alQardhawi pula, jika pemerintah melarang maka rakyat hendaklah akur dan jika pemerintah tidak kisah atau tidak mengambil berat, maka menjadi tanggungjawab rakyat mengagihkan sendiri kepada sasarannya (Fiqh Zakat: 2/765)

2. Fatwa Qardhawi:

Perlu diperhati perkara2 berikut:

a. Jika harta zakat itu banyak dan kesemua lapan2 asnaf itu sama2 memerlukan, maka hendaklah diagihkan samarata.

b. Jika diagihkan kepada 8 asnaf, kadar kepada lapan2 asnaf itu tidak semestinya samarata.

c. Harus diagihkan kepada satu dua asnaf melebihi yg lain kerana keperluan semasa yg mendesak. Jika kawasan itu ramai orang faqir, maka golongan ini diutamakan dulu. Jika kawasan itu kawasan yg agak mewah, maka dilihat asnaf selain fakir-miskin

d. asnaf fakir-miskin hendaklah diutamakan terlebih dahulu kerana mereka kumpulan sasar utama zakat.

e. jika harta zakat itu sedikit, maka memadai diberi pd satu asnaf sahaja.
(Fiqh Zakat: 2/694]

sekian

0 comments:

Post a Comment