Jan 29, 2009

zakat - 8 asnaf -fisabilillah

assalamualaikum ustaz dan ahli panel,

nampaknya banyak soalan tentang zakat, alhamdulillah walaubagaimanapun saya masih keliru tentang memberi zakat kepada fisabilillah - orang yg berperang di jalan allah, saya banyak browse di internet dan bertanya beberapa ustaz tapi masih tak pasti.

bolehkah ustaz dan ahli panel terangkan adakah boleh bagi pada surau, masjid dan perlukah akad (katanya di mesir hanya masuk dalam tabung saja - tanpa akad)dan jika boleh apakah dalilnya

*********************
thtl

JWB:

1. Anda tidak akan mendapat kepastian dalam mencari definasi fi sabiliLlah kerana ia termasuk pentafsiran dari dalil2 yg tidak qat'iy (putus). Jika anda mendapat penerangan dari fuqaha' yg membuka kitab2 lama/klasikal, fi sabiliLlah bermaksud urusan pebiayaan perang. War atau perang adalah urusan biasa di zaman silam dan kekerapan perang menuntut bajet yg besar.

Di zaman moden, bila perang sudah berkurangan, fuqaha' kontemporer membuat definasi yg lebih luas tentang fi sabiliLlah kerana perang zaman moden ini ialah perang maklumat, propaganda, sibaran, penyibaran Islam secara aman di negara2 bukan Islam. Tetapi di sana-sini, masih ada mujahidin Islam yg masih berperang misalnya di Chechnya, Kasymir, Palestine yg memerlukan dana zakat fi sabiliLlah. Definasi fi sabiliLlah yg lebih luas merangkumi maslahat dan kebajikan umat Islam definasi yg di pelopori oleh Imam Rashid Ridha (Tafsir alManar 10, 504) dan Siddiq Hasan Khan (Fathul Bayan, 4/151)

2. Apakah anda boleh terus mengagihkan zakat untuk asnaf fi sabiliLlah tanpa melalui Badan Khas Zakat (PPZ) yg mentadbir zakat?
Madzhab Syafi'iy dan Hanbali mengharuskan anda mengagihkan sendiri tapi jika ditegah oleh Pihak Berwajib, maka anda hendaklah akur dan menyerahkan kepada Badan Zakat kerana mereka lebih khusus dalam urusan takmir zakat (Mughny, 2/642), Majmu' (6/161)

Jika anda ingin mengagihkan sendiri zakat anda pada mesjid sebagai asnaf fi sabiliLlah, ia tidak memerlukan akad kerana tiada dalil yg menuruh berbuat demikian kecuali dalam jualbeli. WaLlau a'alam

3 comments:

Anonymous said...

Adik saya seorang yg.miskin - tiada mempunyai apa-apa harta, tiada pekerjaan , uzur ,sakit dan sering keluar masuk hospital ,sudah berumur 59 tahun ,tiada pendapatan yg.cukup.Anak-anaknya belum bekerja . Adakah adik saya ini termasok ke dalam asnaf Zakat ? Bolehkah saya memberi zakat saya terus kapadanya kerana nama beliau tiada didaftarkan pada Pusat Zakat Negeri ? Harap Tuan dapat jelaskan .

Admin said...

jawabnya boleh kecuali jika ditegur oleh pihak berkuasa zakat...
uruskan dengan pihak baitulmal tempatan supaya adik anda boleh dimasukkan dalam golongan yang layak menerima bantuan berterusan dan terjamin..

Anonymous said...

Saya ingin mengeluarkan zakat wang kwsp dan ingin
menguruskan sendiri pembayaran zakat ini kepada antara 8 asnaf yang dinyatakan. soalan saya adakah ini diharuskan dan zakat yang saya keluarkan itu mengikut lunas lunas islam? adakah
zakat saya ini sah?

Post a Comment