Jan 31, 2009

Berniaga Makanan Di Tempat Judi

Salam,

apakah hukum menjalankan perniagaan ditempat yg terdapat pelanggan berjudi. sila huraikan dengan lebih terperinci.
sekian, terima kasih.

*********************
pendekar


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara/i Jhan yang mengajukan soalan di atas .

Permasalahan yang berkaitan dengan PERKERJAAN adalah di antara salah-satu soalan yang paling “ TOP 10 “ di dalam al-Ahkam.net . Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana semakin majunya dunia , maka semakin banyaklah jenis dan sektor perkerjaan yang wujud di zaman moden ini .

Sila gunakan  SEARCH ENGINE dengan menggunakan kata-kunci : KERJA – BERKERJA – PEKERJAAN – GAJI – SYUBHAT.

Untuk lebih jelas mengenai soalan yang diajukan oleh saudara/i Jhan di atas , maka izinkanlah kami menyusun soalan itu semula di sini .

Kami akan pecahkan soalan itu kepada 2 situasi :

( 1 ) ~ SITUASI PERTAMA :

 “ Apakah hukumnya seseorang yang membuka satu gerai / kaunter makanan halal di sebuah pusat perjudian ? “ .

JAWAPANNYA :

Gaji ataupun pendapatan yang diperolehi hasil daripada perniagaan di atas adalah HARAM . Ini disebabkan sumber keuntungannya HANYA didapati daripada mereka yang terlibat dengan perjudian , walhal perjudian itu sendiri adalah HARAM di sisi syarak .

Bukan sahaja pendapatannya HARAM , malahan usaha si dia membuka kaunter perniagaan makanan di situ pun dianggap HARAM kerana dia terlibat di dalam usaha “ memakmurkan “ dan “ membantu “ industri perjudian di situ .

Allah Ta’ala berfirman mengenai hal itu di dalam surah al-Ma-idah , ayat ke-2 :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Ertinya : “ Bertolong-menolonglah kamu di dalam urusan kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu saling tolong-menolong di atas dasar berbuat dosa dan permusuhan dan takutlah kamu semua kepada Allah . Sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya “ .

( 2 ) ~ SITUASI KEDUA :

Apakah hukumnya seseorang yang membuka satu gerai / kaunter makanan halal di sebuah pusat perniagaan ~ kompleks ~ yang ada di dalam kompleks tersebut para perkerja daripada berbagai jenis syarikat seperti kedai buku – majalah , kedai peralatan elektrik , kedai peralatan dapur , kedai pakaian , kedai vcd & kaset , kedai games , pusat perjudian , panggung wayang dan sebagainya ? “ .

JAWAPANNYA :

Hasil pendapatan seseorang muslim yang membuka kedai makan di kompleks seperti itu adalah HALAL kerana dia membuka gerai itu bukanlah untuk memakmurkan kedai-kedai yang menjalankan perniagaan yang tidak bertepatan dengan Islam , sebaliknya sebagai satu khidmat kepada semua yang masuk ke dalam kompleks itu , sama ada para pentadbirnya , para perkerjanya , para pelanggannya ataupun mereka yang saja-saja ke sana untuk “ window shopping “ .

Kedudukannya samalah dengan seseorang yang membuka sebuah gerai nasi lemak di tepi pasar borong yang ada di situ dijual makanan yang halal dan haram . Takkanlah kita tergamak untuk mengatakan bahawa tokey gerai nasi lemak itu pendapatannya haram disebabkan ada pelanggannya daripada mereka yang menjalankan bisnes daging babi !?

Memang kita tidak menafikan , DARI SATU SEGI memang ada unsur-unsur syubhat di dalam pendapatan kedua-dua tokey kedai makanan di atas . Iaitu dari segi adanya kemasukan wang daripada mereka yang terlibat dengan perkerjaan yang haram ( perjudian , perniagaan makanan haram ….dsbgnya ) . Jadi SYUBHAT hanyalah dari sudut kemasukan sahaja .

Adapun GAJI dan PENDAPATANNYA tetaplah HALAL .

Kenapa ??? .

[color=red] Sebab sebagaimana yang selalu kami nyatakan , kalau kita terlalu meluaskan skop HARAM dan SYUBHAT di dalam bidang pekerjaan , sudah tentu tidak ada seorang pun di kalangan umat Islam yang selamat daripada kedua-duanya . Kalau tidak terlibat secara langsung sudah pasti secara tidak langsung . Dan kalau tidak terjerumus , pasti debu-debu haram dan syubhat akan mengenainya jua. [/color]

Cubalah tepuk dada dan tanyalah diri kita sendiri , apakah kita berani “ mendabik dada “ mengatakan pendapatan kita bersih dan suci 100 % ??? . Tiada langsung unsur syubhat ??? . Gaji yang kita perolehi adalah datang daripada sumber yang 100 % suci , bermula daripada pihak atasan sampailah ke pihak bawahan pejabat kita , bermula daripada pihak pencetak wang sampailah ke tangan kita semuanya bersih & suci 100 % …….beranikah mendakwa begitu ??? .

Lantaran itu , tidak boleh kita terlalu meluaskan skop haram dan syubhat , kerana ia akan membawa kepada kesukaran yang amat sangat di dalam hidup , sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan kehidupan manusia ( PERHATIAN : Sila fahami istilah memudahkan dengan memudah-mudah ataupun ambil mudah = sambil lewa ) .

Untuk lebih menambah pengetahuan kita bersama di dalam masalah seperti ini , sila lihat juga masalah-masalah berikut :

HUKUM BERKERJA DENGAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab2.htm

HUKUM BEKERJA DI HOTEL
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab68.htm

BEKERJA SEBAGAI JURUAUDIT
http://ahkam.hypermart.net/soaljawab/soaljawab199.htm

SJ – 1227 : REZKI DARI PUNCA HARAM ( KRONISME )
http://al-ahkam.net/cgi-bin/ubb/ultimatebb.cgi?ubb=get_topic&f=8&t=000660

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

2 comments:

Lolax said...

salam saya nak tanya apa hukum kita makan di kedai makan yang satu bangunan dengan kedai judi, dan kedai makan itu memberi makanan percuma kepada pelanggan yang berjudi..sila nyatakan dgn terperinci...

IkhwanBlogger said...

Makan dikedai 1bangunan judi hukumnya HARAM jika tempat itu restoran non.muslim..

Post a Comment