Feb 2, 2009

Perniagaan Jualan Langsung

Soalan:

Salam

Saya rasa soalan berkenaan jualan langsung sudah biasa ditanya di dalam forum-forum, cuma saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan satu cara pembayaran bonus yang membuat bayaran pada ahli yang berdaftar dan membeli product tanpa ada level limit.

Seorang pembeli hanya perlu membeli sekali product tersebut dan kemudian jika ia berminat untuk menambah pendapatan perlulah memperkenalkan product tersebut kepada orang lain yang berminat utk membeli product dan juga menambah pendapatan. Kiraan bonus dikira.. ialah apabila orang itu memperkenalkan seorang di sebelah kanan dan seorang di sebelah kiri, jika lengkap begitu dikira sebagai lengkap pasangan satu di kanan dan satu di kiri dan akan mendapat bayaran, dan terdapat syarat lain seperti dlm sehari syarikat hanya akan membayar..tidak lebih dari 10 pasangan dan seterusnya..
apa hukumnya ustaz, kita mendapat pendapatan sebegitu.

Jawapan:

thtl

Wassalam

Jawab:

Pyramiding ni muncul dgn pelbagai trick dan helah utk mengelabui mata manusia. Pyramid ini boleh dibina dengan banyak cara. Objektifnya sama saja, membina sebuah pyramid manusia yg dikenali dgn nama MLM (multi-level marketing) atau AJL (agen jualan langsung). Pyramiding yg anda jelaskan itu dianggap terlalu mudah kerana perlu mencari dua orang sahaja atas nama Yamin dan syimal (kanan dan kiri). Ada pula skim pyramid lain yg menetapkan hanya tiga orang. Seorang perlu mencari tiga. Skim yg lain perlu mencari 4, ada skim yg menetapkan 5. Kemudian syarikat ini hanya membayar pada 10 agen yg berjaya pada setiap hari. Pada analisa kami, ini skim pyramiding.

Hal2 lain:

a. pastikan syarikat ini ujud secara sah di Malaysia di bawah akta syarikat/akta pertubuhan.

b. ada lesen AJL dari kementerian hal ehwal pengguna.

c. hendaklah dirujuk kepada kementerian tsb utk memastikan mereka benar2 legal

d. barangan dan perkhidmatan merupakan kekuatan utama syarikat itu.

e. syarikat AJL itu ada fasiliti atau kilang sendiri dan pusat R & D (penyelidikan)

f. Bonus dan ganjaran berdasarkan volume jualan dan bukannya mencari keahlian.

g. Syarikat yg ada track record, maksudnya ada sejarah (penubuhan dan perkembangan) dan penyata akaun yg telus. WA

0 comments:

Post a Comment