Jan 29, 2009

Faraidh RM20,000 Dan Empat Ekar Tanah

Salam

harta pusaka kalau tak diuruskan dgn betul boleh membawa kpd masalah keluarga. jadi bagaimana harta ini dpr dibahagikan mengikut hukum syarak dng betul.
sbg contoh, sebuah keluarga mengandungi 5 org. suami ,isteri dan 2 org anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ibu dan ayah kpd suami dan isteri masih ada.
keluarga itu memiliki Rm 20,000.00 dan mempunyai 4 ekar tanah.
jadi soalannya :

1) jika suami meninggal , jadi bagaimana cara bahaginya dgn cara yg betul.

2)jika isteri meninggal , jadi bagaimana cara bahaginya dgn cara yg betul.
_________________
pendekar

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara ADN yang sentiasa memeriahkan suasana ilmu di dalam web al-Ahkam online ini .

Kami bersetuju dengan pandangan saudara yang mengatakan bahawa jika harta-pusaka ( faraidh ) tidak diuruskan dengan baik sebagai mana yang ditunjukkan oleh ajaran Islam , maka sudah pasti ianya akan membawa kepada bala-bencana di kalangan hidup manusia .

Lantaran itulah Allah Ta’ala telah menurunkan sebuah peraturan hidup kepada manusia . Peraturan-peraturan itu sendiri telah terkandung di dalam pengajaran Al-Quranul Karim dan As-Sunnah .

Jika ada sebuah kereta yang rosak , kepada siapakah akan dibawa kereta tersebut ? . Tentulah : Mekanik ( pomen ) .

Jika ada seekor kucing yang sakit , kepada siapakah yang akan dibawa kucing itu ? . Tentulah : Doktor haiwan .

Jika ada atap yang bocor sudah tentu kita tidak memanggil pereka-grafik untuk membetulkannya , bahkan kita akan memanggil seorang “ tukang rumah “ .

Maka , jika makhluk ini sudah mulai rosak dan kacau-bilau , maka siapakah lagi yang amat mengetahui mengenai makhluk itu kalau bukannya Allah Ta’ala , Tuhan yang telah menjadikan semua makhluk itu !!?? .

Kerana itulah Allah Ta’ala telah berfirman :


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

Ertinya : “Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui ? “ ~ Surah Al-Mulk : Ayat 14.

Berbalik kepada masalah yang ditimbulkan oleh Saudara ADN :

 MASALAH PERTAMA :

Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada seorang isterinya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Isteri : [/color] 1/8 = RM 2,500/= & ½ ekar tanah.

2 Orang anak lelaki :  { Baki } Setiap seorang drp mereka berdua memperolehi : RM 7,000/= & 1.4 ekar tanah .

Seorang anak perempuan :  RM 3,500/= & 0.7 ekar tanah.

MASALAH KEDUA :


Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada seorang suaminya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Suami:   ¼ = RM 5,000/= & 1 ekar tanah .

2 orang anak lelakinya : Setiap seorang memperolehi : RM 6,000/= & 1.2 ekar tanah.
Seorang anak perempuan : RM 3,000/= & 0.6 ekar tanah .

Semoga ada manfaatnya jawapan ini .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

*********************************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Pertama , saya memohon ribuan kemaafan drp Saudara ADN khasnya dan saudara-saudari pengunjung al-Ahkam.online amnya kerana saya tersilap di dalam memahami permasalahan yang dikemukakan .

Ketersilapan itu disebabkan saya tidak perasan bahawa si mati ada meninggalkan seorang ayah dan seorang ibunya .

Oleh kerana ada pertambahan dari segi ahli pewaris harta-pusaka , maka jawapannya pun sudah tentu berbeza dengan masalah di atas. Dan jawapannya sebagai mana berikut ini , dengan taufiq dan ‘inayah drp Allah Ta’ala . Insya-Allah :

MASALAH PERTAMA :

Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada seorang isterinya , kedua-dua ibu – bapanya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Isteri : 1/8 = RM 2,500/=  ½ ekar tanah.

Kedua-dua ibu-bapanya : Masing-masing menerima : RM 3, 300/=  0.65 ekar tanah .

2 Orang anak lelaki :  { Baki } Setiap seorang drp mereka berdua memperolehi : RM 4,400/=  0.90 ekar tanah .

Seorang anak perempuan : RM 2,200/=  0.45 ekar tanah.

MASALAH KEDUA :

Si mati meninggalkan RM 20,000 dan 4 ekar tanah kepada suaminya, kedua-dua ibu – bapanya , 2 orang anak lelakinya dan seorang anak perempuannya . Maka ;

Suami :  ¼ = RM 5,000/=  1 ekar tanah .

Kedua-dua ibu-bapanya :  Masing-masing menerima : RM 3, 300/=  0.65 ekar tanah

2 orang anak lelakinya :  Setiap seorang memperolehi : RM 3,360/=  0.70 ekar tanah.

Seorang anak perempuan :  RM 1,680/=  0.35 ekar tanah .

Semoga ada manfaatnya jawapan ini .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment